Monday, February 13, 2012

Diabetes


Apart from my introduction, I've decided that I'm going to help raise awareness and promote health today. And I chose this disease because it's made such and impact on me, I felt obliged to find a way to help. So here goes... 


In Brunei Darussalam, 15, 972 cases of diabetes are recorded. According to statistics from the Ministry of Health, out of the number, 644 are patients receiving treatment at hospitals, while the remainder are treated by primary healthcare providers throughout the country. The Ministry of Health said these numbers reflects a worrying trend, as diabetes is often related to a high rate of mortality or disability. Statistics from the Ministry of Health show that diabetes is currently the third highest cause of death in the country. 

- sumber: http://www.rtbnews.rtb.gov.bn

As stated above, diabetes is something that we should be worried of. Walaupun pihak kerajaan menyediakan pelbagai program dan memberikan banyak bantuan kepada para pesakit, kitani pun buleh membantu kerajaan dalam meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini, dan sekaligus sama-sama membantu mengurangkan tahap diabetes di negara kitani.

Lemme just explain to u makna diabetes. Diabetes, seperti yang tertera di dalam gambar di atas, juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia merupakan sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Tiga jenis diabetes: Type 1, Type 2 dan Gestational Diabetes.

Diabetes - Type 1

Juga dikenali sebagai juvenile diabetes kerana sering didapati dalam kalangan kanak-kanak atau remaja.

Diabetes - Type 2

Pernah di panggil sebagai "adult onset diabetes" kerana ia sering didapati dalam kalangan orang dewasa. Tetapi, kini, diabetes Type 2 juga didapati dalam kalangan remaja. Jenis ini lebih banyak dari Type 1, dan selalu didapati dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah berat badan. Ia berlaku apabila badan tidak dapat menggunakan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas, dan lama kelamaan, pankreas mula mengurangkan kadar insulin yang dikeluarkan.

Gestational Diabetes

Jenis ini pula kadang-kadang berlaku dalam kalangan wanita mengandung (dalam trimester ke-2 atau 3). Ia berlaku apabila hormon yang dikeluarkan oleh si ibu menjejaskan pengeluaran insulin. Walaupun hilang selepas bersalin, separuh dari wanita yang mengalami Gestational Diabetes mengalami Diabetes Type 2 kemudian.

Jenis-jenis supplement atau makanan tambahan yang boleh di ambil? (Pastikan anda bincangkan perkara ini bersama doktor anda dahulu)


Terdapat banyak supplement yang boleh anda ambil dalam menangani penyakit ini. Di bawah saya terangkan sedikit daripadanya:

1) Aloe : Aloe, atau Aloe vera, digunakan secara tradisi di negara-negara Arab dalam rawatan bagi diabetes. Menurut kajian, jus aloe vera amat efektif dalam mengurangkan kadar gula dalam darah dan kadar triglyceride bagi pesakit-pesakit Diabetes Type 2.







2) Bilberry : Sebelum adanya insulin bagi rawatan, daun bilberry di gunakan bagi rawatan diabetes. Kajian menunjukkan bahawa bilberry mungkin efektif dalam mengurangkan kadar gula dalam darah. Ia juga boleh mengurangkan komplikasi penyakit ini, secara khasnya retinopathy, satu komplikasi di mana saluran-saluran mata terjejas atau tersumbat, dan kadang-kadang mengakibatkan buta atau masalah saluran darah yang lainnya.



3) CoQ10 : Tubuh kita memerlukan CoQ10 bagi memproses gula dalam darah. Namun, kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai diabetes Type 2 mempunyai kadar antioxidant ini yang lebih rendah dari biasa. Kajian awal menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu meyelia kadar gula dalam badan dan mengurangkan tekanan darah bagi pesakit-pesakit Diabetes Type 2.

4) Fiber : Boleh digunakan  mengawal kadar gula dalam darah. Menurut kajian, mereka yang mempunyai penyakit diabetes, yang mengamalkan diet fiber-tinggi mempunyai kadar keseluruhan kolestrol, triglyceride, dan LDL (bad cholestrol) yang rendah dalam darah, dan mempunyai kebolehan yang meningkat dalam menggunakan insulin dengan sepenuhnya.

5) Salmon Omega : Ini boleh membantu mengurangkan sensitiviti insulin dan metabolisma glukos dalam kalangan pesakit diabetes. Kajian lain menunjukkan fatty acids boleh membantu wanita yang mengalami penyakit ini kerana ia mungkin mampu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

6) Vitamin C : Vitamin C membantu pergerakan insulin dalam badan. Selain daripada itu, ia juga penting bagi menyembuhkan luka dan immunity, sesuatu yang amat penting bagi pesakit diabetes, kerana risiko atherosclerosis dan komplikasi lain akibat penyakit ini.

7) Vitamin E : Sejenis antioxidant yang boleh melawan efek radikal bebas, yang didapati dalam kalangan pesakit diabetes. Vitamin ini juga dapat mengurangkan kadar gula dalam darah, kadar kolestrol, dan menghalang komplikasi jangka panjang dari diabetes. Jika diambil bersama-sama Alpha-Liphoic Acid, Vitamin E dapat mencegah komplikasi berkaitan diabetes seperti penyakit jantung, kerosakan saraf, gangguan penglihatan dan penyakit buah pinggang.

NOTA PENTING: Saya bukanlah pakar penyakit ini, tetapi saya menggunakan beberapa website dan buku sebagai rujukan. Sebarang kesilapan harap dimaafkan.   


Sumber: Robert A. Schulman, MD, SOLVE IT WITH SUPPLEMENTS: The Best Herbal and Nutritional Supplements to Prevent and Heal More Than 100 Common Health Problems. (diterjemahkan)

No comments:

Post a Comment